Tentang Tango Divers
Group kecil, perancangan teliti, safety tak pernah skip.
Siapa kami
Tango Divers dijalankan oleh Azizul, PADI Instructor, bersama Naim, Divemaster. Kami bawa group kecil untuk dive dan hike, dengan perancangan teliti, kos yang jujur dan safety yang tak pernah dilangkau.
- AzizulPADI Instructor
Pengasas Tango Divers. Rancang trip dan ketuai dive.
- NaimDivemaster
Co organiser trip. Bantu jaga group di darat dan dalam air.
Cara kami jaga keselamatan
- Buddy check, setiap diveGear, udara dan isyarat disemak sebelum setiap turun.
- Dalam had korangDive ikut sijil dan pengalaman korang. Tiada solo dive.
- Safety stop, sentiasaSafety stop dalam setiap dive, tanpa kecuali.
- Pelan kecemasanHospital, recompression chamber dan kontak rescue terdekat dicatat untuk setiap trip.
Alat untuk diver
Cuba sendiri. Semua ikut amalan PADI dan DAN.
Timer safety stop
Tiga minit di 5 m, setiap dive.
- Bernafas perlahan dan stabil.
- Tengok buddy. Beri isyarat OK.
- Kekal di kedalaman 5 m.
- Pandang atas. Pastikan tiada bot sebelum naik.
Buddy check sebelum setiap dive
Tekan setiap langkah. Diver ingat sebagai BWRAF.
Boleh inflate dan deflate. Hos inflator bersambung.
Jumlah betul, terikat, quick release tak terhalang.
Korang tahu cara buka setiap buckle dan klip.
Valve tangki terbuka, kedua regulator bernafas elok, gauge penuh.
Mask, fin dan computer dipakai. Tukar isyarat OK.
Selamat naik tinggi?
Gunung dan flight lepas dive perlu masa menunggu. Masukkan dive terakhir korang.
Pilih masa dive terakhir korang habis.
Berdasarkan panduan DAN untuk terbang lepas diving. Memandu atau hiking lebih tinggi dari lebih kurang 600 m dikira sama. Ini panduan sahaja: sentiasa ikut dive computer dan dive professional korang.
